TUMPAT: Seorang wanita terkejut apabila menjumpai mayat lelaki dalam keadaan terapung di dalam sungai di Kampung Baru Nelayan, di sini pada Jumaat.
Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui pada jam 1.40 petang.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Khairil Shafie berkata, sejurus menerima panggilan telefon sepasukan anggota dari Balai Polis Tumpat telah bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan awal secara luaran mendapati mayat itu lengkap berpakaian iaitu baju t-shirt dan berseluar pendek.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mayat terbabit kemudian berjaya dibawa naik dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Kelaboran, Tumpat untuk bedah siasat.
Tambah beliau, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.
"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 29 2024
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam sungai di Kampung Baru Nelayan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam.
Wanita terkejut nampak mayat lelaki terapung dalam sungai
Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.
Disangka bau bangkai tikus, rupanya mayat
Misteri bau busuk yang menyelubungi penduduk di Taman Permint Perdana, Seberang Takir akhirnya terjawab selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.
Mayat lelaki alami masalah mental ditemukan tepi longkang
Siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dan mempunyai masalah mental.
Mayat lelaki tertiarap dalam longkang ditemukan di Nilai
Siasatan awal mendapati mayat itu adalah lelaki berumur 27 tahun ditemui orang awam bersama sebuah motosikal jenis Yamaha SRE-K.
Mayat lelaki ditemukan lemas dalam Sungai Tambun Tulang
Siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.
Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat - Polis
Satu mayat lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, hari ini.
Penjual buah ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk
Terdapat juga seorang wanita di dalam rumah itu dalam keadaan kesedihan dan panik.
Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan di Sg Bidut
Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut hari ini.